Selasa, 24 Ogos 2010

Perkembangan Latihan Persediaan Laser Senior World

23hb Ogos:
Hari ini keadaan angin agak kuat dari awal pagi setelahnya semalaman hujan dan air memenuhi ruangan depan bilik dan boat parking.

Agak liat awal pagi untuk Qaedi bangun dan untuk turun ke air dalam keadaan angin yang kuat. Agak lewat sampai ke training area berbanding dengan Korea. Masih menumpang coach Korea buat hari kedua.

Semasa awal latihan angin bertiup kira-kira 23-27kts dengan gust menaik sehingga 30kts untuk jangkamasa pendek. Kelihatan upwind Qaedi tidak memuaskan dengan hiking yang tak serupa hike, kebanyakan masa angle badan adalah tidak begitu lurus dan lebih pada angle 45 darjah walaupun semasa berada di atas ombak. Seolah-olah ia tidak hiking sepenuhnya ataupun mempunyai masalah dengan toe strap yang mungkin agak panjang (perkara yang sama ditegur semasa light wind semalam). Begitu juga mainan mainsheet tidak seirama dengan letgo sail upwave (pendekkata tidak dapat melihat wave riding yang cantik). Mungkin terkejut dan rasa takut dengan kekuatan angin. Jadik kesimpulannya kesungguhan latihan jauh lebih teruk berbanding semalam. Kesemua latihan pertandingan tidak menyempurnakan litar latihan terutama untuk membuat pusingan di leeward mark. Mainan downwind pada 2 training race awal agak ok tetapi selepas itu agak teruk kerana angin yang meningkat naik sehingga 30-35kts semasa gust. Beberapa kali capsize semasa downwind yang mana jelas kelihatan fleet depan meninggalkan Qaedi kira-kira 1 leg (ia baru round top mark, fleet depan dah nak sampai leeward mark). So nampak masalah semasa angin kuat agak ketara bagi atlet ini. Ombak juga menyukarkan dengan jarak yang agak dekat serta ketinggian melebihi 1 meter. Prestasi agak jauh di belakang Korea yang konsisten berada di top 5 dan juga di belakang Jepun yang kadang-kadang mampu berada di top 10. Selain Qaedi ada beberapa pelayar juga menghadapi masalah yang sama kira-kira 30 pelayar berlatih bersama tidak kelihatan pelayar Singapura pada awal latihan kecuali semasa balik baru nampak pelayar Singapura juga belayar balik. Qaedi perlu beberapa hari lagi untuk berlatih dengan angin ini dan kesukaran menumpang coach boat juga menyebabkan agak payah menumpukan kepadanya dan sikap Qaedi yang payah untuk menghampiri coach boat semasa tamat race training.

Semasa belayar balik ke pantai ombak semakin kuat terutama di laluan masuk kerana keadaan yang cetek dan Qaedi telah capsize; kepenatan semasa berlatih dan tersangkut mainsheet di kaki menyebabkan ia lambat untuk menegakkan bot....hasilnya bot telah turtle dan tersangkut dasar. Upper section mastnya telah bend dengan teruk dan hampir-hampir patah nasib baik tak patah kalau tak dengan layar sekali akan koyak...mungkin berlaku sedikit strecth pada layarnya.

Kerosakan pada mast tidak boleh dibetulkan dan perlu penggantian. Dah suruh dia lakukan pertukaran selepas makan....opppp!!! tetapi hampeh betul apa yang dia buat ambik sampai 2 jam dekat untuk...... sampaikan supplier bot dah tutup kedai. So besoklah pulak....duit lagi....camno plan penjimatan ni....kalau cam ni keadaannya parah...esok jangka-jangka strong wind lagi....nak turun ke tak...nak tak nak...? nak kena replace upper section lagi ke esok...tak kot? tak yah lah....tunggu esok..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan