Rabu, 25 Ogos 2010

Perkembangan Latihan Persediaan Laser Senior World

25hb Ogos: Latihan hari ini berjalan lancar seperti biasa setelah semalam latihan dibatalkan akibat angin yang kuat dengan gust melebihi 35kts dan kurang yakinnya Qaedi dengan keadaan ombak; khabarnya 3 lagi bot mengalami kerosakan mast pada hari semalam...puhhh

Perancangan hari ini Qaedi akan keluar seawal jam 1100am dan balik sebelum jam 1400pm kerana pada masa tersebut air akan pasang tinggi dan dapat mengurangkan risiko kerosakan pada peralatan sekiranya capsize. Angin bertiup perlahan kira-kira 8-11kts dan gust ke13kts pada short period. Hujan turun rintik-rintik pada awal pagi semasa Qaedi berada di air dan sebaik pulang hujan semakin kuat renyai-renyai bersama angin yang semakin kuat melebihi 20kts bersama dengan hujan. Tiada masalah ketara dari Qaedi kecuali bot speed yang sedikit ketinggalan kepada pelayar-pelayar ternama seperti Paul Goodison, Michael, Pavlos Kontidos dan Andrew Murdoch. Ketika menulis blog ini angin bertiup hingga melebihi 30kts ketika gust; hujan dan biasalah sejuuuuk.

Coach tak turun pada hari ini kerana menyelesaikan masalah accomodation, melangsaikan bayaran dan mengambil kunci. Lagipun tiada coach boat untuk menumpang Korea pun tak turun pada hari ini.

Khabarnya Nizam akan berlepas pada malam ini dan akan sampai ke UK besok. Untuk Nizam jika email yang dihantar masih tak sampai so sekali lagi jalannya untuk ke Hayling Island:
  1. Menaiki bas ke Porthmouth:keluar saja dari pintu exit terus ke tempat bas. cari bus stop no 12 ada tempat beli tiket. Minta tolong kaunter ticket untuk ke Portmouth. Harga tiket 19pound. Kami hari itu naik bas jam 0815am. Perjalanan kira-kira 2jam 50 minit bas berhenti-henti di beberapa station. Terus sehingga sampai ke last station (Portmouth Harbour) kat tepi laut. Semasa turun cari train stesen menghala ke laut hanya di sebelah tempat bas station
  2. Pergi kaunter dan beli tiket untuk ke Havant: kira-kira 3.50 pound untuk satu hala dan dia akan suruh pergi ke terminal berkaitan. Kami hari itu naik di terminal Lane 5, Nizam tak taulah pulak, kena check kat kaunter tiket. Train ini akan terus ke London Waterloo; so turun pada station yang ke-3 (Havant) akan ada pengemuman sebelum sampai di setiap stesen.
  3. Turun dari train terus keluar (kena naik atas dan menyeberang jejambat untuk keluar) Keluar aje akan ada beberapa teksi menunggu. Ambik teksi dan bagitau nak ke Hayling Island. (Tambang kurang dari 15pound) Bagi alamat ini:
    1. House No 174 Southwood Road, Hayling Island Ini adalah tempat tinggal kita; rumah ini kira-kira 200 meter nak sampai kepenghujung jalan Southwood Road menghala ke pantai. Rumah di sebelah kiri (pantai).
    2. Ada masalah talipon saya seperti biasa 0125296850 atau no H/P UK: 07979539948

Tiada ulasan:

Catat Ulasan