Sabtu, 21 Ogos 2010

Perkembangan: Laser Senior World

Sudah berada di UK, Hayling Island buat hari ke-2 setelah melalui perjalanan yang agak memenatkan.
Perjalanan pertandingan ini agak tidak menyenangkan dari segala segi:



  1. Nizam masih mengalami kecederaan pada lower back dan akan bersama pasukan lewat

  2. Perjalanan sepatutnya pada 17hb juga telah dilewatkan kepada 19hb.

  3. Kewangan untuk ke kejohanan ini seperti biasa super lembab dah nak bertolak masih terpaksa membuang masa untuk menguruskan hal-hal melibatkan duit, dah tu tak mencukupi dan bermakna terpaksa melakukan adjustment terutamanya melibatkan coach boat.

  4. Coach boat hanya lulus kurang dari 50 pound sehari sedangkan paling murah boleh dapat 100 pound sehari. Plan 'B' untuk tidak mengambil coach boat sehinggalah pertandingan bermula. Akan suruh Qaedi untuk joint samada Korea atau Brazil atau geng dia semasa di ENP Program. Pada masa yang sama merayu kepada coach dia orang kot-kot kalau boleh menumpang. Ingatkan nak tumpang Ronald tetapi dia dah balik Holand dan hanya akan datang semasa kejohanan nak bermula. Lagi pun dia bising akan hutang yang belum berbayar oleh MYA.

  5. Flight aje yang ok, sit ekonomi dah penuh tertendang ke business class, coach ajelah Qaedi kat belakang kesian...

  6. Perjalanan: boleh tahan jauhnya nak save duit naik bas ke Portmouth kira-kira 3 jam, kemudian naik train dari Portmouth Harbor ke Haven sebelum terpaksa menaiki teksi ke club Hayling Island Sailing Club (HISC). Bergerak dari airport jam 0800am, Aug 20 sampai jam hampir 1 petang.

  7. Penginapan: yang baiknya tak payah berjalan jauh dari venue; yang lain semuanya kurang baik; 1)bilik sempit tuala pun tak ada; 2) Paling susah kelab ini berada dihujung tanjung dan amat jauh dengan pekan 3) Makanan susah untuk dapat restoren pukul 9.00 malam dah tutp dan tak banyak choice 4) Nak masak kat bilik tak boleh memasak, socket untuk nak masak nasi pun tak ada dan dia orang tak benarkan untuk memasak malah nak bawak masuk makanan ke bilik pun takleh so macam mana nak bersahur????. Main tibailah bawak masuk sembunyi-sembunyi.

  8. Kemudahan dan facilitas. Terpaksa membayar untuk semuanya, parking boat dan trolley 7 pound sehari, mooring coach boat juga kena berbayar katanya juga 7 pound. Internet biasalah dengan gua punya komputer tak boleh nak connected ini guna lat top Qaedi untuk update blogspot.

  9. So...on...bla-bla...cuaca sejuk juga macam kat Large ari tu dengan keadaan yang lembab. Terasa lenguh lutut dan kaki dek kesejukan

Perkembangan aktiviti: Juga tidak memuaskan



  1. Sebaik sampai, buat check-in bilik. cuba dapatkan bot Laser tetapi dia orang keluar lunch

  2. sekitar 1330pm dapat boat: check dan sign borang semuanya ok tukar mast lower dan upper section baru

  3. Check dengan restoren bawah jam 1700 tutup so plan untuk keluar ke pekan pada sekitar jam 1600 untuk beli supply makanan.

  4. Baring-baring kejap rehat...terlolap sampai jam 2130pm dah golap; nak kepekan kemana nak order makan kat restoren pun kemana..last-last buka puasa dengan maggie dan pepsi..Hampeh punya Qaedi tadi elok-elok dia main lat top pass tu dengan dia-dia sekali pengsan....

  5. Sekitar jam 0300am; Aug 21 bangun sahur dengan air sejuk ajelah ambik berkat. Qaedi......?
  6. Jam 0530am selepas Subuh dapati hujan gerimis dan lembab dengan cuaca yang sejuk sampai sekitar jam 1000am.

Ok bersambung...

1 ulasan:

  1. salam....apa mcm coach di sana..asyik ceta sedih ja...pi la kemanapun duk ceta yg tak cukup ja...pening2..tak dak apa2 tindakan ka..hehhehe nak buat mcm mana kena serap tekanan la...apa-2 pun harap makan cukup la...jgn nanti balik raya org tak kenai dah...ok good luck

    BalasPadam