Selasa, 17 Ogos 2010

YOG: Practice Race

Telah menerima laporan dari coach Balok di Singapura seperti berikut:
"assalamualaikum tuan-puan, 16hb .8.10 Isnin pada jam 1 ptg mesyuarat jurulatih telah diadakan dimana tuan rumah memperkenalkan barisan Juri,Race oficcer dan pihak penganjur sendiri. Banyak perkara yg telah dibincang kan dan semua berjalan lancar. Pada jam 2.30 ptg semua pelayar telah turun kelaut kerana practice race dijangka akan bermula tepat pada jam 3 ptg. Keadaan angin tidak lah begitu kuat dalam sekitar 5-7 kts serta arus yg sedikit kuat sekitar 3-4 kts.Keadaan ombak kecil.

Perlumbaan bagi kelas wanita telah dilepaskan tepat pd jam 3 ptg dimana keadaan angin mula perlahan sekitar 4-5 knts sahaja. Dilihat pelayar wanita china mendahului. Pelayar negara kita berada sekitar 10 kelompok teratas. Bagi kelas lelaki perlumbaan bermula tepat pada jam 3.05 ptg dalam keadaan yg sama.Pelayar kita dilihat mendahului sehingga ke penanda pertama meninggalkan jauh dibelakang peserta dari negara lain. Walaupun perlumbaan ini tidak dikira tetapi dijangka akan berlangsung pertandingan YOG ini dalam keadan angin yg tidak menentu dan datang dari beberapa hala. Dijangka juga angin akan bertiup perlahan sepanjang kejohanan ini. Dilihat pelayar dari negara eropah menghantar pelayar yang bersaiz agar besar kerana semua menjangka kan angin akan bertiup kuat melebihi 10 kts keatas. Sepanjang berada disini angin bertiup baik dari sebelah pagi ke tengahari. Pada waktu ptg cuaca agak mendung disertai ribut dan juga hujan. Pelayar berada dalam keadaan sihat walafiat dan bebas dari sebarang kecederaan. Esok dijangka perlumbaan pertama akan dijalankan mengikut waktu yang telah ditetapkan iaitu 12 tghari sebanyak 2 perlumbaan. Itu sahaja sedikit laporan dari pelayaran."

Manakala bagi anda yag ingin mengikuti perkembangan terus secara lintas langsung acara sailing di YOG boleh melayari twitter sailing YOG di http://yog.sailing.org.sg/

Tiada ulasan:

Catat Ulasan