Ahad, 29 Ogos 2010

Perkembangan Latihan Persediaan Laser Senior Championship

28hb Ogos Sabtu;
Pergerakan sama seperti biasa; ke kelab sekitar jam 0900am melakukan persiapan bot sekitar jam 1130am; Nizam tertinggal hiking pad kat rumah. Perancangan turun jam 1200tghari terlewat sedikit tetapi tidak terlampau lewat.
Angin bertiup perlahan pada masa keluar dan awal latihan sekitar 9-12kts dan arus masih lagi pasang; sedikit lambat untuk keluar menentang arus.
Prestasi hari ini lebih baik terutamanya Nizam dengan bot speed yang lebih konsisten, speed drop ketika focus outside boat yang agak ketara berbanding dengan top sailors dan juga ketika melakukan maneuvre terutama kesilapan semasa melakukan tacking. Confidence level menentang pelayar senior semasa boat to boat fight kelihatan tidak konsisten up & down. Speed semasa running lebih baik pada hari ini terutama ketika di akhir latihan apabila angin sedikit naik sekitar 13kts semasa gust dapat rhytmn bersama dengan ombak dan side gelanggang semasa running.
Prestasi Qaedi juga sedikit baik berbanding semalam tetapi masih lagi lemah dari segi boat speed terutama semasa bermula berbanding dengan Nizam, masih terperangkap dengan middle fleet dan kerap berada pada fleet belakang semasa menuju upwind mark. Seperti biasa focus dan determination agak rendah mungkin spare untuk acara sebenar yang akan bermula 2 hari lagi (harap begitulah). Walaupun begitu litar latihan hari ini tidak begitu baik kerana selalu miss M1 dan berpecah fleet satu ke penanda lain dan lagi satu fleet ke penanda lain. Kehadiran atlet hari ini lebih ramai kira-kira 50pelayar berlumba dalam gelanggang yang sama dengan semua negara asia yang mengambil bahagian turut serta (Japan, Korea, Singapura, Thailand, India dan Malaysia).

Kesimpulannya kesungguhan (determination), focus, confidence level semasa melakukan latihan bagi pelayar negara berada pada satu tahap sedikit ke belakang berbanding pelayar top Laser. Inilah kenapa menyebabkan pelayar kita sering melakukan kesilapan semasa mengendalikan bot dan menjejaskan speed bot yang sentiasa perlu berada tahap maksima seperti dilakukan oleh top sailors. Sedikit sahaja kesilapan dilakukan akan terkebelakang pada tahap ini. Selain itu fizikal strength juga adalah faktor yang mempengaruhi terutama ketika melibatkan hiking position yang lama bagi mengekalkan bot flat, ini amat ketara bagi Qaedi dalam 1 minggu berada di sini, manakala Nizam nampaknya sedikit fresh masih barulah katakan dan mampu untuk hiking out lebih lama berbanding Qaedi. Qaedi juga perlu mengubah teknik hikingnya supaya mampu memberikan bot flat semasa berada di atas puncak ombak (kombinasi hiking out, permainan rudder dan permainan mainsheet).

Menjalani latihan kira-kira 2 jam dan balik ke pantai untuk mengelak pelayar dari burn out. Kebanyakan pelayar lain juga berlatih dalam selang masa 2 - 3 jam sahaja. Cuma kelihatan Japan begitu serius dalam menjalani latihan mereka berbanding dengan negara lain. Khabarnya mereka tidak akan mengambil bahagian dalam Sukan Asia bagi kelas Laser Standard begitu juga dengan India.

Berada dirumah ketika ini memandangkan internet connection di club HISC mengalami masalah sambungan.

Sekian laporan harian sekitar jam 1810pm.

Opps terlupa hari ini juga latihan menggunakan kamera baru Canon yang baru dibeli hari tu. Agak payah juga dan lagi satu takut kena air laut RM 7800.00 ma. Cuba cari cover water splash hari tu tapi tak jumpa. Ingat nak beli kat sini tak pula jumpa kedai camera kat Hayling Island ni.

Oh Ya MYA macam mana saya punya request hari tu untuk buat pinjaman bagi pembiayaan pembelian kamera ini....takkan senyap je huk tak hek pun tak? kalau padi katakan padi tak hamba tertampi-tampi. Pinjam ma bukan minta sponsor...kalau nak sponsor pun baguih juga bukan guna untuk buat duit untuk kegunaan atlet kebangsaan juga....harap-harap MSN kot....
Dapat bonus 5k camera 7k lebih wal hasil balik asap.....hahahh

Tiada ulasan:

Catat Ulasan