Selasa, 24 Ogos 2010

Perkembangan Latihan Persediaan Laser Senior World

22hb Ogos: Setelah 2 hari dengan keadaan yang tidak memuaskan. Akhirnya hari ke-3 semakin baik apasal?
  1. Berjaya mendapat penginapan untuk baki hari yang terpaksa menetap di luar HISC. Setelah banyak email mendapat jawapan negatif (tiada penginapan lagi) akhirnya panggilan talipon dari Ivan Nell menawarkan rumahnya untuk penginapan; terpaksa membayar agak mahal iaitu 100 pound sehari dan jarak yang agak jauh dari kelab tapi apa nak buat ini sahaja yang tinggal. Walaupun begitu 100 pound adalah kira-kira RM510 sehari tetapi masih dalam anggaran MSN iaitu (290 x 3orang=RM870 sehari) so jangan pulak kata kita orang tak mahu berjimat; ini pun walaupun agak mahal tetapi masih berjimat RM360 sehari ma.
  2. Hari ini juga latihan di air dapat dijalankan dengan jayanya dan gua berjaya menagih simpati coach Korea untuk bersama dengan coach botnya, rasa-rasa macam peminta sedekah pun ada....apa nak buat kena berjimatlah katakan. Latihan Qaedi nampak agak baik untuk angin di bawah 12kts ini (8-10kts dengan gust sedikit naik). Speed nampak baik terutama semasa downwind. Masalah fokus terhadap task in hand dan priority yang sepatutnya menjadi keutamaan adalah masalah utama. Terlampau melihat kepada faktor sekeliling hinggakan bot tidak bergerak dengan baik dengan tumpuan yang lemah terhadap ombak dan speed adalah masalah utama semasa upwind. Determination semasa latihan juga boleh diragui berbanding dengan pelayar ternama yang juga menjalani latihan bersama di gelanggang latihan seperti pelayar NZL (Andrew Murdoch) pelayar Korea (Ha Jee Min) serta beberapa pelayar lain yang kerap berada pada top rank. Inilah untungnya datang latihan awal dapat compare prestasi kita dengan pelayar ternama lain tidak ketika bertanding sahaja.
Apasal gua menekankan kepada berjimat. Ini adalah untuk langkah berjimat cermat memandangkan MSN hanya meluluskan sekitar 45k bagi kejohanan ini.
Maka sebagai langkah berjimat cermat maka; coach boat hanya akan di gunakan sepenuhnya mulai pertandingan dan buat masa sekarang menumpang dengan membayar duit minyak kepada owner boat. Apa cam ok tak? Rasanya kalau 3 orang sahaja yang datang seperti dirancang ini adalah mencukupi

Ok laporan harian setakat ini.

3 ulasan:

  1. Langkah bijak dengan berjimat cermat....

    BalasPadam
  2. Memang langkah ini agak ok tetapi masalahnya penumpuan terhadap prestasi atlet tidak dapat kita berikan tumpuan apabila menumpang bot orang dan atlet belayar sendirian memerlukan jati diri yan betul-betul kuat. Tetapi daripada tiada kira oklah.

    BalasPadam
  3. Seperti contohnya hari ini Qaedi sekali lagi tak confidence untuk turun training angin kuat, tak ke rugi!!!!

    BalasPadam