Khamis, 26 Ogos 2010

Perkembangan Persediaan Laser Senior World Championship

26hb Ogos:

Perancangan latihan untuk turun training pada sesi petang kerana expecting low wind pada petangnya. Seperti yang dijangkakan berlarutan dalam malam tadi hingga awal pagi angin bertiup agak kencang dengan awan mendung.

Pada pagi melakukan pemindahan penginapan yang sepatutnya berkuat kuasa esok tetapi dah boleh dimasuki pada hari ini. Mengambil peluang latihan petang maka pada awal pagi berpindah ke rumah baru. Tiada masalah keadaan penginapan agak selesa kecuali internet tidak boleh connect mungkin passwordnya tidak betul; so guna komputer tuan rumah punya.

Menukar plan dengan keluar ke Havant untuk menunggu Nizam dan sambil menyelam minum air apa lagi buatlah window shopping sikit. Sekitar jam 1200tgh ke train station dan menunggu sekitar 30 min. tak nampak Nizam, Balik semula ke tempat penginapan setelah confirm dengan GM Nizam telah bergerak.

Sampai rumah Nizam dah ada rupanya dia sampai sekitar jam 1130am menaiki train yang lebih awal dari jangkaan kita. Angin masih bertiup kuat dari jendela rumah dan perancangan Qaedi agak terbantut; ia tak berani untuk turun takut peristiwa 3 hari lepas berlaku lagi. Apatah lagi kebanyakan pelayar yang berani sudah berada di air dengan coach juga tidak dapat turun (tiada bot untuk menumpang).

Jadi plan untuk Nizam rest dan Qaedi cycling pada petang ini. Owner rumah ada 2 basikal yang ia bagi pinjam. Thank so agak berbalui juga 100 pouns sehari.

Laporan lanjut menyusul

Tiada ulasan:

Catat Ulasan