Selasa, 17 Ogos 2010

Update terkini YOG

Jam 1636pm. Update terkini YOG sebelum laporan coach Balok menyusul:
Khairunneeta: 4, & 11 - overall 7th position
Syafiq: 13 & 9 - overall 11th
Menanti laporan dari coach Balok

Kemaskini 18hb Ogos: berita dari coach Balok
Assalamualakum tuan-puan 17hb ogos 2010-selasa 1000H-mesyuarat j/latih 1130-semua pelayar turun kelaut Angin sekitar 5-7 kts; Ombak kecil; Arus 1-2 knts
Perlumbaan pertama bagi boys pada jam 12.08 tghari dibatal kan kerana terlalu ramai yg melepasi garisan permulaan. PERLUMBAAN PERTAMA: bermula semula12.16 tghari. BOYS:
permulaan yg baik bg shafiq dan mendahului sebelum sampai ke penanda M1. Sedikit kesilapan sebelum sampai ke penanda 1 dimana shafiq terlalu lama bermain disebelah kiri dan lambat membuat tacking ke sebelah kanan menyebabkan pelayar yang datang dari kanan dpt memintas beliau.Membuat pusingan di penanda 1 di tempat ke 17.Menuju ke penanda ke 2 di tempat ke 19 sehingga ke penanda ke 3.membuat pusingan dipenanda 3 disebelah kiri utk naik semula ke penanda ke 2. Berjaya membuat recovery yang baik dan dpt memotong beberapa pelayar lain dan menamatkan perlumbbaan ditempat ke 13. GIRLS:bermula pada jam 12.42pm Bermula dihujung garisan permulaan(pin end boat)bot speed yg begitu baik sekali dan dpt mendahuluhi sehingga kepenanda 1 dan ke 2.Semasa naik semula ke penanda 1 sedikit kesilapan dimana beliau tidak menjaga pelayar ke 2 sebelum membuat pusingan semula dipenanda ke1 telah dipotong oleh pelayar no 2.Dalam masa yg sama 2 lagi pelayar yg berada dibelakang beliau bersaing rapat sebelum dipotong ketika menuju kepenanda 3.Menamatkan kedudukan ditmpat ke 4.
PERLUMBAAN KE 2
BOYS: Bermula pada jam 1.15pm Bermula dibahagian tengah tetapi bot kurang mendapat speed kerana terlalu bnyak bot berada dibhgn atas beliau.Terus membuat tacking utk kesebelah kanan.Membuat pusingan dalam kelompok 19.menuju ke penanda ke2 dlm kelompok 15 ke 12 menuju ke penand a ke 3.Semasa naik semula ke penanda ke 2 shafiq membuat recivery yg baik dimana beliau bermain disebelah kiri dan berjaya memotong ramai pelayar lain.Membuat pusingan dipenanda ke 2 ditempat ke 9 dan seterusnya menamat kanmkedudukan ditempat yg sama.
GIRLS:
Bermula pada jam 1.53pm Bermula kurang baik kerana berada ditgh garisan permulaan dimana beliau berada dibarisan kedua. Walau bagimana pun beliau cepat membuat recovery dan membuat pusingan dipenanda 1 ditempat ke 8. Kurang agresif ketika reaching dan running menyebabkan beliau telah dapat dipintas oleh 3 pelayar lain dan menamatkan perlumbaan ditempat ke 11.
Secara keseluruhan kedua-dua pelayar ini menunjukan peningkatan yg
amat ketara sekali jika dilihat sebelum ini dimana pelayar ini mempunyai bot speed yg kosisten serta pengawalan bot yg baik. Cuma terdapat sedikit kesilapan terutama utk pengawalan pelayar lain(Covering). Keseluruhan kedudukan:
  1. Boys:13, 9, mata (22) -Kedudukan ke 11/30
  2. Girls: 4, 11, mata(15) - Kedudukan ke 7/31
Esok dijangka 3 lagi perlumbaan akan dijalankan pada jam 12.00tghari. Diharap pelayar dpt melakukan yg terbaik seperti hari ini. Wassalam. Coach Balok.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan