Isnin, 30 Ogos 2010

Perkembangan Kejohanan Laser Senior Championship 2010

Ahad 29hb Ogos:
Hari ini merupakan hari ke-3 measurement, diikuti dengan jadual practice race dan juga opening ceremony dan bufet.

Practice race yang dijadualkan bermula jam 1500pm telah diberikan pembatalan disebabkan keadaan angin yang bertiup dengan gust melebihi 25kts up to 30kts. Hanya kira-kira 5 ke 6 bot sahaja yang turun menjalani latihan.

Pelayar kita antara yang tu..rut tidak turun memandangkan keadaan yang tidak biasa bagi mereka dan dengan majoriti pelayar yang tidak turun.

Sedikit berkenaan dengan pertandingan ini.
  1. Kejohanan ini diadakan sekali dengan Kejohanan Laser Standard Junior Championship bagi pelayar yang berusia 20tahun ke bawah. Bagaimanapun Nizam mengambil bahagian dalam kategori Senior untuk fasa pemilihan akhir ke Sukan Asia bagi kelas Laser Standard. Terdapat 160 pelayar dalam kejohanan senior dan 137 pelayar dalam kejohanan Junior telah mendaftar untuk kejohanan ini.
  2. Sebanyak 14 pertandingan dijadualkan sepanjang 7 hari pertandingan dengan 2 pertandingan dijadualkan setiap hari. Walaupun begitu Race Committee (RC) boleh menambah lebih dari 2 pertandingan dalam 1 hari untuk melengkapkan siri jadual
  3. Pertandingan dibahagikan kepada 2 tahap iaitu kelayakan dan final. 4 hari pertama di tetapkan untuk siri kelayakan dengan minima 4 pertandingan untuk melengkapkan sesi kelayakan jika kurang 4 maka hari berikutnya akan digunakan.
  4. Pada setiap hari peserta akan dipecahkan kepada 3 fleet yang akan bertanding secara berasingan dalam fleet masing-masing. Untuk hari pertama pecahan dilakukan secara random manakala pada hari kedua dan seterusnya akan diadakan mengikut satu sistem formula pecahan fleet seperti yang terdapat dalam Sailing Instruction (SI).
  5. Pada siri final pula pelayar yang berada pada suku terbaik siri kelayakan akan bertanding di Gold fleet manakala suku kedua terbaik akan bertanding di Silver fleet dan suku terakhir di Bronze Fleet.
  6. 4 pertandingan minima diperlukan untuk melengkapkan siri kejohanan. Satu (1) discard jika 4 atau lebih pertandingan dapat dijalankan dan dua (2) discard dibenarkan jika 10 dan lebih pertandingan dijalankan dengan syarat hanya 1 pertandingan sahaja dapat di discard dari final siries itupun kalau final siries itu sekurang-kurangnya 2 pertandingan dapat dijalankan.
  7. Salah satu kelas yang menggunakan sistem permulaannya berlainan dengan dibuat pindaan dari sistem permulaan biasa di mana bila Flag 'P' dinaikkan sebagai preparatory signal, maka bot yang berada dalam segitiga sebagaimana segitiga black flag dalam masa 1 minit sebelum bermula akan dibatalkan (DSQ) tanpa hearing. Black Flag juga akan digunakan jika perlu.
  8. Gelanggang samada Inner Loop ataupun outer loop dengan penggunaan gate di leeward mark dan satu mark kecil bersebelahan M1 (M1a) untuk inner loop course.
  9. Hadiah: selain hadiah kepada pemenang juga ada hadiah untuk pelayar terbaik bawah 21tahun dalam Kejohanan Senior dan hadiah sampingan untuk peserta terbaik bagi kali pertama menyertai Kejohanan Laser Senior World ini.
Sekian..

2 ulasan:

  1. salam...brooo
    nampaknya race sudah nak bermula..dari apa yang diceritakan qedi dan nizam mcm mana..leh cri makan ka..kalau coach dah tentu leh mkn nya..hhehehhe...ok coach jgn lupa bwa blik hadiah kemerdekaan...badminton dah kecundang harap sailing la pulak..kirim salam nizam n qedi..meggi cukup lgi ka..ok good luck n take care..
    Merdeka....Merdeka...Merdeka

    BalasPadam
  2. Tengok macam ade masalah ckitlah untuk duduk dalam gold fleet. Tapi kalau angin bawah 13kts nampak macam \nizam boleh bersaing dengan top sailors ataupun kalau tak bersaing bolehlah ikut botot...ikut aje...bukan..
    Apa-apa hal pun overall performance dia orang seperti dalam komen-komen latihan harianlah, masih pada peringkat pembinaan belum betul-betul kukuh lagi terutama dari segi sikap, kekuatan mental dan fizikal. Tang ni payah ckit nak bagi depa faham betui...kerana top sailors determination mereka sangat tinggi bersama dengan focus, concentration dan confidence level base on their capabilities on technique skill and physical aspects leading to this all.

    BalasPadam