Ahad, 1 Ogos 2010

Perkembangan Aktiviti Liscom - Master'x'

Sekembali dari Larg: Nizam terus joint klinik Keel Boat di Putrajaya tak balik ke Langkawi

Sampai di Langkawi keadaan sunyi sahaja tak nampak ramaipun pelayar. Apa dah jadi?
  1. Pelayar Optimist kebanyakan dah balik negeri masing-masing untuk persiapan MSSM. Tinggal Mat Latif dengan Paan sahaja. Oh Yap bila budak-budak baru Optimist akan joint x de berita pun, tak jadi ke?
  2. Lain-lain pelayar elit juga terlibat dengan Klinik di Putrajaya melainkan Anas dan Ustaz. Hanafi dan Zamri juga joint sama.
  3. Pasukan Kedah aje sikit sibuk kat Liscom-Master'x'. Persiapan nak ke MSSM lah juga. Loading pada hari Khamis petang aritu.
  4. 2 pasangan 470 dari navy juga berada di sini (dah 1 minggu dah kot kat sini), kononnya akan bersama dengan Razman dan Hakhimi training bersama semasa Andrew Brown berada di sini; tetapi Razman dan Hakhimi plak tak de kat sini....Nisa & Syikin juga berada di Putrajaya. Inilah yang akan terjadi kalau semua program tidak mengikut plan asal semuanya berterabur dan rasanya macam tak begitu beneficial kan...kan...?
  5. Andrew Brown sampai Langkawi pada 27hb malam. Latihan nampaknya tinggal Anas ngan Ustaz ajelah. Keadaan angin tidak begitu menarik untuk latihan nampaknya. tetapi tak apelah training light wind bolehlah...
  6. Selain itu Neeta & Syafiq merupa pelayar setia Liscom-Master'x' minggu ini selain Anas & Ustaz. Preparation untuk ke YOG juga tak berjalan mengikut apa yang dirancang....Training..training.....tiada sedikit lonjakan mengubah bentuk latihan seperti periodization plan...ini wat gua sikit worry but tengok mood dan motivasi bebudak nampak tinggi.....cuma 2-3 hari ni angin sikit tak syok
  7. Oppp!!! sebelum terlupa....Ada 3 pelayar Optimist Belgium menjalani latihan di Langkawi. Katanye dah 3-4 hari sebelum saya balik....Satu lagi plan yang tak menarik...Apa dah jadik...khabarnya ada training bersama dengan group Hong Kong (anak buah Marek) dan termasuk Belgium ngan budak kita....tapi budak tak ade....so..satu lagi perancangan yang nampak macam nak naik haru...sama macam Byte, plan Optimist ni pun nampak goyah sikit....sasar emas ma....jgn nanti......wake-up men mana janji-janji mu....atleast dia orang ni ada masa 3 bulan lagi.....so...sama-samalah kita fikirkan....setakat ni Optimist masih kita punya hope for that gold glory...
  8. Nak arap abang Romzi kita juga plan dah terganggu dengan faktor kecederaannya dan kita takleh nak push hard seperti mana yang dirancang kena rehatkan dia dulu...tetapi adakah dia akan bersedia on time....itu juga nada kebimbangan...Ohh mengapa this Asian Games preparation tak seindah disangka. Ku sangka panas rupanya gerimis dilewat petang harap hujan tak menjadi.....
  9. Harith dimana kau Harith....? Ini lagi satu hal......arap ada kat klinik Putrajaya lah (Klinik keel boat bukan klinik orang sakit bagi Harith yang selalu sakit) & then balik sini..malaslah gua nak keringkan tekak nak menjawab. Sendiri mau ingatlah. Woitt lu orang punya Pra-U cam no....mana janji-janji manis kata nak tolong dia orang; ni dah jadi 2xlong (last year & this year) dah jadi too long. Tapi budak-budak pun diam aje...ok kot? Next week kita buat Edisi Siasat...Kalu tak kita buat Aduan Rakyat.
  10. Last but not least....Hari Jumaat buat meeting ngan geng KSA pasal program pembangunan dia orang...buat projek program perintis tah menjadi tak kan tidak...eeh banyak betullah benda tak menjadi tahun ni kan??
Cukuplah dulu 10 perkara untuk minggu ini.....masih belum dapat sesuaikan ngan 7 jam lewat tulah dah 3 malam berjaga lewat pasai laporan la...(2 pulak tu + cadangan program ni...)

Salam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan